I made this widget at MyFlashFetish.com.

.::RedRose::.

Umar menggenggam kemas tangan Embun

"Umar,jangan la pegang-pegang..Embun malu la.."

Embun tersipu-sipu malu..raut wajahnya yang putih itu pantas berubah merah padam.

"kenapa  nak malu pula,bukan ada orang pun kat sini"

Umar hanya berlagak biasa sambil memerhatikan sekeliling...

"ha,tengok..mana ada orang pun..."

"habis tu,mama ngan papa tu bukan orang ke?" tanya Embun sinis kepada Umar.

"la...kat mama ngan papa pun nak malu ke...hehe...okey la..abang lepas ye"

:::::::::::::::

"Mar..kau dah habis ke buat tuto tu??mintak ushar sikit..ilmu perlu di kongsi Mar!!"

"Banyak la kau...ilmu memang perlu dikongsi..tp tuto xperlu!! Nah, ambillah..." 

Umar menghulurkan buku tutorial fiziknya kepada Yunus sambil tersenyum..

Yunus lah satu-satunya kawan baik Umar...Mereka bergelar rumate sejak tahun satu lagi hinggalah sekarang sudah tahun akhir pengajian di Universiti.

"tuut tuut" 

satu mesej baru memasuki ruangan inbox handphone jenama Sony Erricson milik Yunus...

"hari ni berapa haribulan Mar??"

"13 Feb...kenapa??"

"aduh..cenna boleh lupa ni...nasib baik 'dia' ingtkan...hmmm...Mar,jom teman aku pergi kedai hadiah!!"

"kenapa dengan esok Yun?? kau tuto pun xbuat gi dah nak sibuk pegi kedai...ada apa ni???"

"lah...kau ni tak up to date la Mar...Ishk,kau tahu tak..esok,14 Feb...14 Feb Mar.!! Valentine's Day tuuuu....Inilah hari di mana kita tunjukkan betapa kita hargai kekasih kita tu...bagi la hadiah ke ape ke...

kau ni kekasih yang teruk la Mar...
ishk ishk ishk..macam kau yang dah bertunang ni,boleh la guna time ni untuk tunjuk rasa sayang kau tu kat dia..Ha,bercakap tentang tunang kau....korang tak sedih ke tak pernah jumpa??sejak korang bertunang tuuuuuuu..

tak teringin ke nak tengok wajah tunang kau secara face to face???cerita la kat aku macam mana korang bleh kenal..."

"Kau ni Yun,merepek je..kisah aku ngan tunang aku tu meh kita letak tepi dulu...aku minat kisah Valentine's tu lagi..."

:::::::::::::::

Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih
 nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah lalu disapukan darah binatang tersebut ke badan mereka dan mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat kedua
 mengaitkannya dengan kematian paderi Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun
 dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui olehCladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini
 dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana
menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan
 juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan 'From your Valentine' (Daripada Valentinemu) . Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasihsayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota
 tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding
dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu
 Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dandihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Pendapat ketiga
 menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. 

Jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

:::::::::::::::

"Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir"

Umar segera membelek handphone Samsung yang baru dibelinya itu sejurus mendengar deringan lagu Maher Zain..

terpapar nama 'yunus baik' di skrin..

"apahal mamat ni call aku pulak ni.." bisik hati kecil Umar...

"Assalamualaikum Dr.Umar!!!!ni aku la yunus...ingat lagi tak???"

"Waalaikumussalam syeikh...mesti la ingat!!! Rumate x ditelan zaman...apa cerita ni tiba-tiba call"

"Amboi...sejak dah kawin ni aku xboleh nak call dah ke..."

"Mana ada...call je aku setiap hari...insyaAllah aku layan kau punya...hehe"

"uish..perli pedas tuuuuu...xde la Mar,aku call ni ada hajat.."

"dah agak dah!!!!! Alhamdulillah...ada juga manusia yang masih nak kau kan.."

"mesti la ada syeikh...muka hensem hidung terletak..fuhh senang kata PERFECT GUY la...haha"

"perfect-perfect kau tu pun..aku juga yang kahwin dulu..udah-udah...bila majlisnya??"

"ha,15 Feb 2011 ni...jemput la datang ngan family..bawak zaujah kau sekali..."

"aik..pilih tarikh sehari selepas Valentine's day??"

"huish..aku pilih 15 Feb sempena Maulidurrasul la...sama-sama memperingati kekasih Allah..bukan kekasih hati je...ye tak sheikh??"

:::::::::::::::

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur'an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. 

Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.: "Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus." (al-Hajj : 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri." (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959)

Hadis ini mengingatkan umat Islam agar hanya menyambut sesuatu sambutan yang selaras dengan Islam serta syariatnya. Sambutan yang tidak berdasarkan syariat, apatah lagi jika ia mendedahkan umat Islam kepada pembaziran, pergaulan bebas, amalan syirik serta khurafat, sememangnya dilarang oleh agama.

Nabi bersabda: "Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512)

mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka.

Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa.

Firman-Nya: "Iblis berkata: 'Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik." (al-Hijr : 39-40)

Bersandarkan kepada hujah-hujah yang jelasa para ulama telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah
 HARAM bagi seluruh umat Islam.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: "Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam".




:::::::::::::::

"Umar.."

"ye...cakap je..aku dengar ni.."

"sampai sekarang kau x cerita gi kisah kau dengan tunang kau yang dah bergelar zaujah kau tu....cerita la Umar..macam mana korang kenal...kempunan aku nak tahu ni"

"Kau datang la sini baru aku cerita..hehe"

"KAU GILA UMAR!!!MANA AKU NAK CARI DUIT NAK PERGI MESIR TUUUU.."

Umar tersenyum seorang diri sambil memandang Embun yang sedang meneguk air di ruang tamu rumah mereka....


p/s SUMBER ISU VALENTINE :di sini

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © GigaGenius