I made this widget at MyFlashFetish.com.

DIARY UMAR RIFQI

DIARY UMAR RIFQI

9 December 2023 ; 21:45

Haaah..hari ni adalah hari yang aku tak kan lupa smpai bila-bila..
tadi kat sekolah..Adam dengan Darwishy ajak aku pergi toilet..
aku ikut la macam selalu...

tapi bila sampai je..aku tak sangka pulak yang diorang pergi flush setiap toilet tu..
dah la toilet tu tepi bengkel kemahiran hidup,cikgu Ong tu pulak garang giler!!!
aku naik kecut perut...

"WOI!!!!" suara cikgu Ong jelas time tu..aku pusing tengok muka dia yang bengis tu...
rotan ada kat satu tangan dia....

"LARI UMAR!!!" Adam jerit sambil berlari laju menuju ke arah kantin...
Darwishy pulak asyik gelak tak habis-habis sambil pecut...
aku pun apa lagi...lari la...

nasib cikgu tak kejar kitorang....
semasa tengah pecut tu...aku pulak tersepak pagar yang ada dekat tepi kantin tu...
"gedebuk" adoi...sakit....lutut berdarah,tangan pun berdarah...
ye la,jatuh atas lantai ber-tar...

Larian Adam dan Darwishy terhenti...pusing tengok aku yang dah terduduk atas lantai..
"Okey ke Umar" tanya Adam dengan muka terkecok...
ha tahu pun takut...

**Alamak...Ummi dah panggil pulak..bye DIARY...nanti UMAR RIFQI sambung tulis lagi!!

:::::::::::::::

"Abang abang..tengok ni...Embun jumpa diary abang time kecik-kecik dulu.."

kata Embun sambil berlari-lari anak menuju ke arah suaminya yang sedang berehat di ruang tamu rumah mereka...

"Eh...kalu tak silap abang Diary ni abang simpan dekat rumah Ummi...mana Embun jumpa??"

soal Umar bersungguh-sungguh.

"Embun tengah kemas kotak-kotak buku abang yang abang baru bawak dari rumah Ummi tu...terselit celah buku-buku lain....diary abang ni macam dah nak lunyai dah...abang ni rajin menulis rupanya.."

terang Embuh yang petah berkata-kata itu...

"Hah...mana ada...Embun bagi abang malu je...dulu biasala time budak-budak..semua benda rasa nak simpan dalam memori je...kalau boleh tak nak lupa langsung kenangan time  tu...."

"Tapi, zaman kanak-kanak memang best kan abang...Embun sentiasa ingat kenangan Embun dengan kawan-kawan dulu...happy je...tak dak masalah untuk difikirkan...."

sampuk Embun sambil mengangguk-angguk kepalanya kearah Umar...

:::::::::::::::

" Embun Mah Liqa...ceritakan kembali kepada cikgu dan rakan-rakan sedikit tentang kisah Nabi Musa yang cikgu ceritakan tadi.."

Lembut Cikgu Batrisya mengajukan soalan kepada Embun yang sedari tadi asyik bersembang dengan rakan-rakan di sekeliling nya...

" Errr...hrmmm...huuu...Errrmm...maafkan saya cikgu...suara cikgu tadi perlahan sangat sampai saya tak dengar pun kisah Nabi Musa tu cikgu..."

ujar Embun yang tergagap-gagap..

" Suara cikgu yang perlahan ke suara kamu yang kuat sangat bersembang tadi...ish ish ish...tak pe la...kamu duduk...lain kali bila cikgu terang,kamu semua perlu bagi perhatian, baru kamu boleh dengar dan faham apa yang cikgu ajar...bila dah faham senangla ilmu tu kamu nk ingat...Embun, ingat pesan cikgu ye.."

Cikgu Batrisya menghadiahkan sekuntum senyuman kepada Embun yang tertunduk malu...

"Okey, Salman, tolong ceritakan kisah tadi kepada kawan-kawan kamu, boleh??"

tanya Cikgu Batrisya kepada pelajar yang hebat berpidato itu..

"Boleh Cikgu"

Salman lantas berdiri dan menceritakan dengan bersungguh-sungguh...

:::::::::::::::

Sewaktu kecil, Musa as pernah mendiami istana Firaun laknatullah.

Dalam satu peristiwa, Musa as yang ketika itu baru sahaja pandai merangkak telah diuji oleh Firaun selepas Musa as menarik janggut Firaun.

Ini adalah detik musibah kepada Musa as yang memberi kesan kepada lidahnya kemudian hari.

Dalam ujian itu, Firaun telah menguji Musa as dengan memberi pilihan kepada baginda antara manisan dan bara api.

Pada mulanya, Musa as telah memilih manisan tetapi telah ditepis oleh Jibrail as untuk menyelamatkan Musa as.Ia menyebabkan Musa as mengambil bara api untuk diletakkan di mulutnya.

Akibatnya, Musa as meraung dan lidahnya melecur teruk dan apabila dewasa, Musa as tidak dapat mengucap sesuatu perkataan dengan elok dan pelat sedikit.

Ujian daripada Firaun laknatullah itu adalah untuk menguji sama ada Musa as yang adalah seorang pembinasa kerajaannya kemudian hari atau seorang kanak-kanak biasa.

Ini kerana Firaun telahpun bermimpi tentang seorang kanak-kanak akan muncul di kerajaannya untuk meruntuhkan empayar di bawah kekuasaannya.

Dek kerana mimpi itu juga, semua bayi yang baru dilahirkan telah dibunuh dengan kejam dan Musa as adalah kanak-kanak yang bertuah kerana terselamat daripada kekejaman Firaun.
:::::::::::::::
"Sampai sekarang pun Embun ingat lagi tau kisah tu walaupun malu disindir cikgu Batrisya tu Abang.."
Cerita Embun kepada Umar yang sedari tadi khusyuk mendengar cerita isterinya itu...
"Sejak itu,Embun sentiasa tumpu perhatian semasa cikgu mengajar tau..!"
ujar Embun sambil mengangkat keningnya ke arah Umar...
mereka berbalas senyuman mengenangkan kisah-kisah zaman dulu kala...

**Betullah pepatah melayu ada mengatakan
MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA...

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © GigaGenius