I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sayyidus Syuhada Hamzah Asadullah

Nama penuhnya adalah Hamzah bin 'abdul Muthalib bin Hasyim bin 'abdi Manaaf al Quraisy al Haasyimi.

Ibunya bernama Halah binti Wuhaib bin ‘Abdi Manaf bin Zuhrah.Beliau merupakan bapa saudara Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alayhi Wasallam dari sebelah bapanya, sepupu Nabi dari sebelah ibunya dan juga saudara sesusuan Rasulullah.


Sayyidina Hamzah dilahirkan pada tahun 570 Masihi, lebih kurang setahun ke dua tahun sebelum kelahiran Rasulullah membuatkan beliau amat rapat dengan Rasulullah sejak kecil lagi.


Apabila Rasulullah S.A.W. memulakan dakwah Islam secara terbuka tidak ada di kalangan anak Abdul Mutalib yang mahu memeluk Islam. Hanya Abu Talib yang menunjukkan rasa simpati terhadap Rasulullah. 

Abu Talib yang melihat sendiri peribadi Rasulullah dan kebenaran ajaran Islam. Malangnya hati beliau sendiri tidak terbuka untuk menerima Islam. 

Sayyidina Hamzah melihat perjuangan anak saudaranya itu dengan pandangan yang hormat, tetapi beliau tidak serta merta memeluk Islam.

Sayyidina Hamzah sendiri menyaksikan kesungguhan serta kesabaran Rasulullah di dalam menyebarkan dakwahnya. Beliau juga menyaksikan bagaimana musuh-musuh baginda dari kalangan orang Quraisy membuat tipu helah dan berusaha menyakiti baginda.


"Aku tahu bahawa Muhammad itu benar dalam dakwahnya kerana beliau orang yang dipercayai," 
kata Sayyidina  Hamzah kepada dirinya. 

"Muhammad adalah semulia-mulia manusia dan beliau mempunyai keupayaan yang tinggi. Muhammad mempunyai hati yang teguh, jiwa yang luhur, roh yang suci dan setiap apa yang dikhabarkannya adalah benar."


Sayyidina Hamzah mempercayai setiap kelebihan yang ada pada Rasulullah. Tapi, beliau masih belum bersedia untuk beriman secara terbuka.Sayyidina Hamzah berada di antara dua persimpangan. 

Beliau berasa kasihan melihatkan anak saudaranya ditindas oleh kaum Quraisy. Dalam masa yang sama, beliau terikat dengan kepercayaan datuk neneknya sebelum itu.

Sayyidina Hamzah serba salah. Beliau melihat Rasulullah menyeru orang ramai kepada Islam dengan tabah dan penuh semangat. Tetapi apabila melihat dirinya sendiri,Sayyidina Hamzah kehairanan. 

Sayyidina Hamzah hairan kerana beliau memang mahu mengikut agama yang dibawa oleh Muhammad, tetapi dalam waktu yang sama beliau ragu-ragu.

Walaubagaimanapun, dalam perasaan yang berbelah bahagi itu, Sayyidina Hamzah sentiasa mengawasi Rasulullah. 

Secara diam-diam, beliau berazam untuk melindungi dan menjaga keselamatan Rasulullah dalam setiap keadaan.

Pada suatu hari Sayyidina  Hamzah bin Abdul Muthalib keluar dari rumahnya sambil membawa busur dan anak panah untuk berburu binatang di padang pasir, hal itu telah menjadi hobi dan kegemarannya sejak masa muda.

Menjadi kebiasaan, setelah berburu, Sayyidina  Hamzah pergi ke Baitullah untuk bertawaf sebelum pulang ke rumah.Tiba-tiba datang seorang budak perempuan, hamba kepada Abdullah bin Jud'an At Taimi menghampirinya seraya berkata,

"Hai Abu Umarah, andai saja tadi pagi kamu melihat apa yang dialami oleh anak saudaramu, Muhammad bin Abdullah, nescaya kamu tidak akan membiarkannya. Ketahuilah, bahawa Abu Jahal telah memaki dan menyakiti anak saudaramu itu, hingga akhirnya anak saudaramu mengalami luka-luka di sekujur tubuhnya."

kemudian diceritakannya peristiwa itu secara terperinci.

Setelah mendengarkan panjang lebar peristiwa yang di alami oleh anak saudaranya tadi pagi, Sayyidina Hamzah terdiam sambil menundukkan kepalanya sejenak. 

Lalu Sayyidina Hamzah membawa busur dan anak panah dan menyandangnya, Kemudian dengan langkah cepat dan tegap, Sayyidina Hamzah pergi menuju Ka'bah dan berharap akan bertemu dengan Abu Jahal di sana. Namun belum sampai di Ka'bah ia melihat Abu Jahal dan beberapa pembesar Quraisy sedang berbincang-bincang.

Maka dalam ketenangan yang mencekam, Sayyidina Hamzah mendekati Abu Jahal. Lalu dengan gerakan yang cepat ia lepaskan busur panahnya dan dihantamkan ke kepala Abu Jahal berkali-kali hingga jatuh tersungkur dan mengucurlah darah segar deras dari dahinya.

Abu Jahal tergamam dengan perkara yang tidak disangka-sangkanya itu. Beliau menjadi takut lalu berteriak, 

"Wahai Abu Amarah, sesungguhnya Muhammad bukan dari agama kita! Mengapakah engkau mencederakanku dengan anak panahmu dan menolong seorang yang bukan dari agama kita?"

"Wahai Abu Jahal!" kata Sayyidina  Hamzah dengan lantang. "Mulai saat ini, aku menganut agama Muhammad
 dan meyakini apa yang dikatakannya... Aku memeluk Islam! Nah sekarang, cuba ulangi kembali makian dan cercaan mu itu kepadaku jika kamu berani!", 

bentak Sayyidina Hamzah kepada Abu Jahal.

Itulah saat dimana Sayyidina Hamzah telah memeluk agama Islam. Sejak memeluk islam, Hamzah telah berniat untuk membaktikan segala keperwiraan, keperkasaan, dan juga jiwa raganya untuk kepentingan da'wah islam. 

Kerana itu tidaklah menghairankan jika Rasulullah memberinya gelaran "Asadullah" yang bererti singa Allah.

Pasukan kaum muslimin yang pertama kali di kirim oleh Rasulullah dalam perang Badar, di pimpin langsung oleh Sayyidina Hamzah, Si Singa Allah, dan Ali bin Abu Thalib menunjukkan keberaniannya yang luar biasa dalam mempertahankan kemuliaan agama islam, hingga akhirnya kaum muslimin berhasil memenangkan perang tersebut secara gilang gemilang. 

Banyak korban dari kaum kafir Quraisy dalam perang tersebut, Sayyidina Hamzah juga telah berjaya membunuh dua orang bangsawan Quraisy. Salah seorang daripadanya bapa kepada Hendon, isteri Abu Sufian iaitu Utbah bin Rabi’ah, dan tentunya mereka tidak mahu menelan begitu saja.

Maka mereka mulai mempersiapkan diri dan menghimpun segala kekuatan untuk menuntut balas kekalahan yang mereka alami sebelumnya.

Akhirnya tibalah saatnya perang Uhud di mana kaum kafir Quraisy disertai beberapa kafilah Arab lainnya bersekutu untuk menghancurkan kaum muslimin.

Sasaran utama perang tersebut adalah Rasulullah dan  Sayyidina Hamzah bin Abdul Muthalib.

Perang Uhud ini berlaku pada tahun ketiga Hijrah antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah platform untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.


Pihak Quraisy keluar dari Makkah dengan gerombolan tentera seramai 3000 orang termasuk para penyokongnya. Pihak Muslim pula keluar dari Madinah di bawah seliaan Nabi Muhammad s.a.w seramai seribu orang sahaja.

Walau bagaimanapun, Abdulah bin Ubai (ketua suku Khazraj) bersama tiga ratus orang yang lain telah menarik diri di tengah perjalanan mereka.

Jubair bin Muthim telah mengupah hambanya, Washyi bin Harb untuk membunuh Sayyidina Hamzah. Jubair ingin membalas dendam atas kematian bapa saudaranya, Thu’aiman bin Adi, yang dibunuh oleh Sayyidina Hamzah di dalam Perang Badar dahulu. 

Jubair juga telah berjanji untuk membebaskannya jika dia berjaya membunuh Sayyidina Hamzah. Lalu Wahsyi yang terkenal dengan kemahiran melempar tombak itu, telah mengikuti tentera Quraisy ke medan perang Uhud.

Akhirnya kedua pasukan tersebut bertemu dan terjadilah pertempuran yang dahsyat, sementara Sayyidina Hamzah berada di tengah-tengah medan pertempuran untuk memimpin sebagian kaum muslimin.

Ia mulai menyerang ke kiri dan ke kanan. Setiap ada musuh yang berupaya menghadangnya, pastilah kepalanya akan terpisah dari lehernya.

Di Bukit Uhud, 50 orang yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan di atas bukit dan diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak.

Seluruh pasukan kaum muslimin maju dan bergerak serentak ke depan, hingga akhirnya dapat diperkirakan kemenangan berada di pihak kaum muslimin. 

Dan seandainya pasukan pemanah yang berada di atas bukit Uhud tetap patuh pada perintah Rasulullah untuk tetap berada di sana dan tidak meninggalkannya untuk memungut harta rampasan perang yang berada di lembah Uhud, nescaya kaum muslimin akan dapat memenangkan pertempuran tersebut.

Di saat mereka sedang asyik memungut harta benda musuh islam yang tertinggal, kaum kafir Quraisy melihatnya sebagai peluang dan berbalik menduduki bukit Uhud dan mulai melancarkan serangannya dengan gencar kepada kaum muslimin dari atas bukit tersebut.

Serangan tersebut memecah-belahkan tentera Muslimin dan melemahkan pertahanan mereka. Ketika itulah muncul pelbagai dakwaan dan propaganda yang turut mengatakan bahawa Muhammad telah terkorban.

Khabar angin itu menyebabkan kebanyakan tentera Muslim menjadi lemah dan tidak bersemangat sehingga berpecah kepada kumpulan yang ingin meneruskan perang dan yang ingin lari. Walau bagaimanapun, Muhammad s.a.w. bersama Abu Bakr as-Siddiq, Umar ibni al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib masih selamat.

Ubai bin Khalaf ketika itu muncul untuk membunuh baginda dan baginda mengambil lembing terus menikam Ubai sehingga mati. Ini merupakan pembunuhan yang pertama dilakukan baginda.


Bila masing-masing pasukan telah membetulkan saf, maka Siba’ bin Abdul Uzza pun tampil kehadapan seraya berkata,

“Adakah sesiapa yang akan berlawan?”

Dari kalangan pihak lawan, Sayyidina Hamzah bin Abdul Muthalib tampil kehadapan seraya berkata,

“Oh Siba’!Oh anak Ummu Anmar! Mudim anak-anak perempuan, adakah engkau memerangi Allah dan Rasulnya?”.

 Kemudian dengan pantas Sayyidina  Hamzah menyerang Siba’ sehingga kepala Siba’ berguling ke tanah. Sementara itu Wahsyi terus mengintai gerak-geri Sayyidina  Hamzah, setelah menebas leher Siba' bin Abdul Uzza dengan lihainya. 

Maka pada saat itu pula, Wahsyi mengancung-ancung tombaknya dan melemparnya  dari belakang yang akhirnya mengenai pinggang bagian bawah Sayyidina  Hamzah hingga tembus ke bagian muka di antara dua pahanya. 

Sayyidina  Hamzah bangkit dan berusaha berjalan ke arah Wahsyi, tetapi tidak berdaya dan akhirnya roboh sebagai syahid.

Usai sudah peperangan, Rasulullah dan para sahabatnya bersama-sama memeriksa jasad dan tubuh para syuhada yang gugur. Sejenak beliau berhenti, menyaksikan dan membisu seraya air mata menitis di kedua belah pipinya. 

Tidak sedikitpun terlintas di benaknya bahawa moral bangsa arab telah merosot sedemikian rupa, hingga dengan teganya berbuat keji dan kejam terhadap jasad Hamzah. Dengan keji mereka telah merusak jasad dan merobek dada Sayyidina Hamzah dan mengambil hatinya.

Kemudian Rasulullah mendekati jasad Sayyidina Hamzah bin Abdul Muthalib, Singa Allah, Seraya berkata,

"Tak pernah aku menderita sebagaimana yang kurasakan saat ini. Dan tidak ada suasana apapun yang lebih menyakitkan diriku daripada suasana sekarang ini."

Setelah itu Rasulullah dan kaum muslimin mensolatkan jenazah bapa saudaranya dan para syuhada lainnya satu per satu. 

Pertama Sayyidina Hamzah disolatkan lalu di bawa lagi jasad seorang syahid untuk disolatkan, sementara jasad Sayyidina Hamzah tetap dibiarkannya di situ. Lalu jenazah itu di angkat, sedangkan jenazah Sayyidina Hamzah tetap di tempat. 

Kemudian di bawa jenazah yang ketiga dan dibaringkannya di samping jenazah Sayyidina Hamzah. Lalu Rasulullah dan para sahabat lainnya mensolatkan mayat itu. 

Demikianlah Rasulullah mensolatkan para syuhada Uhud satu persatu, hingga jika di hitung Maka Rasulullah dan para sahabat telah mensolatkan Sayyidina Hamzah sebanyak tujuh puluh kali. 

Selain terkenal dengan gelaran ‘Asadullah’ iaitu Singa Allah, beliau juga dikenali sebagai ‘Sayyidus Syuhada’ iaitu penghulu para Syuhada.

"Penghulu para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muttalib, dan orang yang melawan penguasa kejam, ia melarang dan memerintah, namun akhirnya ia mati terbunuh."
(Hadis Riwayat Al Hakim)

Sayyidina Hamzah wafat pada tahun ke-3 Hijrah dan disemadikan bersama ‘Abdullah bin Jahsy dalam satu liang lahad.

Wallahu’alam



1 comments:

Post a Comment

 
Copyright © GigaGenius